Friday, December 11, 2009

Aktiviti 13 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

Berdasarkan kursus Psikologi Pendidikan/ Kaedah Mengajar/ Penaksiran Pembelajaran:

1. Apakah teori-teori/ strategi, kaedah yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah (http://tip.psychology.org/theories.html)
2. Bina kerangka teoritikal/ konseptual / operasional kajian
3. Mesti selaras dengan pernyataan masalah dan tujuan/ objektif/ soalan kajian.

1. TEORI KONSTRUKTIVISME

Pelajar perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk pelajar. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh pelajar sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan.

Fikiran pelajar tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui pelajar adalah realiti yang dia bina sendiri. Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu pelajar membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.

Ciri pembelajaran secara konstruktivisme
1. Pembelajaran berpusatkan murid.
2. Fokus kepada pembelajaran bukan pengajaran.
3. Guru sebagai fasilitator.
4. Pembelajaran sebagai satu proses yang pembelajaran.
5. Menyokong pembelajaran secara koperatif.
6. Menggalakkan dan menerima daya usaha murid..
7. Memberi peluang kepada murid untuk membina memahaminya melalui penglibatan murid sebenar.
8.Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru.
9. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan experiment
10. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea.
11. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid.
12. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan


2.TEORI MOTIVASI

Sesetengah ahli psikologi mengklasifikasikan motivasi kepada motivasi fisiologi dan sosial yang merangkumi keperluan asas manusia. Ada juga yang menyatakan bahawa motivasi adalah bersifat semula jadi dan motivasi yang dibentuk daripada pembelajaran yang mana menggolongkan motivasi kepada :

a) Motivasi intrinsik - wujud secara semula jadi daripada ransangan dalaman. ianya terdorong daripada dorongan dan minat seseorang individu untuk melakukan sesuatu aktiviti tanpa berharap atau meminta sebarang ganjaran. Dikaitkan dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan (Bruner, 1996)

b)Motivasi ekstrinsik - diwujudkan daripada ransangan luaran dengan menggerakkan orang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya. Boleh diransangkan dalam bentuk-bentuk seperti memberi peneguhan positif seperti pujian, insentif, hadiah, gred dan membentuk iklim alam belajar yang kondusif untuk mendorongkan mereka belajar.

3. KAEDAH KONTEKSTUAL

Pengajaran kontekstual membantu pelajar menghubungkaitkan pembelajaran kandungan dengan situasi sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara apa-apa yang dipelajari di dalam bilik darjah dan bagaimana pengetahuan ini digunakan dalam kehidupan mereka sebagai warganegara dalam masyarakat. Dalam kaedah ini guru hanya bertindak sebagai pengelola kelas yang membantu pelajar dalam mendapatkan penemuan beru. Proses pembelajaran juga lebih kepada pemusatan pelajar dan bukan pemusatan guru.

Dalam teori ini, guru digalakkan untuk:
1) Mengkaji konsep atau teori yang akan dipelajari oleh pelajar.
2) Memahami latar belakang dan pengalaman hidup pelajar melalui proses kajian.
3) Mengenalpsti kawasan sekolah dan tempat tinggal pelajar yang boleh dikaitkan dengan konsep atau teori pembelajaran kontekstual.
4) Merancang pengajaran dengan mengkaitkan konsep atau teori yang dipelajari dengan mengaitkan pengalaman yang dimiliki pelajar dan pengalaman hidup mereka.
5) Melaksanakan penilaian terhadap pemahaman pelajar, dimana hasilnya nanti dijadikan bahan refeksi terhadap rancangan pembelajaran dan pengajaran.
Pelajar akan menemukan perkaitan bermakna antara idea-idea abstrak dengan aplikasi dalam dunia sebenar, di mana konsep dipelajari, diperkukuhkan dan dibuat perkaitan. Dalam pengajaran kontekstual terdapat lima teknik pembelajaran yang boleh digunakan iaitu strategi REACT.

Antara contoh pengajaran kontekstual termasuklah :
• Pembelajaran berasaskan aktiviti
• Pembelajaran eksperiential
• Sesi hands-on dan minds-on (melakukan dan berfikir)
• Seminar
• Bengkel dan program di mana pelajar melakukan sendiri projek bagi mendorong naluri ingin tahu pelajar serta menjadikan pembelajaran lebih bermakna kepada mereka.
• Konstruktivisme (constructivism)
• Menemukan (Inquiry)
• Bertanya (Questioning)
• Masyarakat-belajar (Learning Community)
• Pemodelan (modeling)
• Refleksi (reflection)
• Penilaian yang sebenarnya (Authentic

4. KAEDAH PENGAJARAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR

Strategi pemusatan pelajar ini bermaksud pelajar memainkan peranan penting dalam pembelajaran di mana pelajar bertanggungjawab terhadap apa yang diajar dan bagaimana ia dapat dipelajari. Pengajaran di mana tumpuan diberikan kepada pelajar dalam melaksanakan aktiviti pengajaran antara guru dan pelajar.
Strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar.

Kaedah ini boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat memperkembangkan kreativiti pelajar supaya pelajar dapat menyertai aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif. Komunikasi berbentuk dua hala antara guru dan pelajar dalam akriviti soal jawab amat sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan berbanding dengan strategi berpusatkan guru dan matlamatnya adalah untuk memperkembangkan kemahiran pemikiran kreatif serta kritis.

Dalam strategi ini guru bertindak sebagai fasilitator dan bertanggungjawab terhadap pelajar dengan memantau aktiviti yang dijalankan. Guru juga bertindak secara autoritatif dengan mengagihkan sedikit kuasanya kepada pelajar. Strategi berpusatkan pelajar mempunyai kelebihan untuk memperkembangkan kebolehan pelajar dalam mengaplikasikan konsep sikap yang positif, mewujudkan motivasi serta memperkembangkan peribadi dalam menggalakkan kemahiran sosial kumpulan. Pembelajaran menekankan kepada pembelajaran kendiri, arahan kendiri dan inkuari penemuan. Contoh strategi pemusatan pelajar ialah induktif, lakonan, permainan, main peranan, simulasi koperatif, dan sebagainya.

Ciri-ciri strategi pemusatan pelajar :
• Murid aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
• Pemindahan pembelajaran berlaku
• Komunikasi dua hala
• Naluri ingin tahu dikembangkan
• Kepimpinan bercorak demokratik
• Mementingkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek
• Disiplin tidak terkawal
• Menekankan pencapaian objektif pembelajaran murid
• Pembelajaran bercorak pengarahan kendiri
• Murid lebih kreatif
• Sifat-sifat sosial yang positif seperti bekerjasama, tolong-menolong



Aktiviti 12: Pemurnian

Berdasarkan maklum balas, buat penambahbaikan pernyataan masalah, tujuan dan objektif kajian.


Matlamat Kajian Tindakan
Meningkatkan kefahaman dan meransang daya berfikir pelajar secara kreatif dan kritis di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Objektif Kajian Tindakan
1) Mengetahui pengetahuan sedia ada pelajar
2) Mencungkil daya kreativiti pelajar dalam mengeluarkan idea
3) Menilai penerimaan pelajar terhadap penggunaan gambar foto dalam pengajaran dan pembelajaran.

Bentuk Soalan Kajian
1) Bagaimanakah gambar foto dapat meransang daya berfikir pelajar dalam mengeluarkan idea?
2) Adakah terdapat perubahan minat pelajar terhadap proses P&P dengan pengaplikasian gambar?

Aktiviti 11 : Tugasan 2 - Jurnal

Apakah pernyataan masalah dalam kajian dan bagaimana ianya dilaporkan.

Jurnal 1 :

Programs And Methods To Improve Reading Comprehension
Levels Of Reading Resource Special Needs Students
At Austin Road Middle School

Masalah kajian yang dapat dikenalpasti di dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji ialah :

1. Permasalahan utama bagi kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti strategi-strategi dan kaedah yang sesuai yang boleh digunakan dalam meningkatkan kefahaman membaca dikalangan pelajar-pelajar berkeperluan khas.

2. Daripada hasil kajian yang dijalankan beberapa kaedah telah dikenalpasti di mana kaedah ini dapat meningkatkan kefahaman membaca dikalangan pelajar tersebut iaitu :

a) melalui kaedah efikasi diri dan perkembangan kognitif pelajar dalam mempengaruhi tingkah laku dari segi proses kognitif, motivasi dan proses efektif
b) kaedah skaffolding, adalah satu cara dimana pelajar menerima bantuan yang diberikan oleh guru dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan sehinggalah mereka mahir dan boleh melaksanakan tugasan yang diberikan dengan sendiri tanpa bantuan. Aktiviti yang biasa dilakukan ialah sambil membaca pelajar mengambil nota dan menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang akan membantu mereka mengingat apa yang mereka baca.
c) kaedah grafik menggunakan kotak, garisan dan alat-alat lain yang mengutamakan maklumat supaya pelajar mendapat banyak pengetahuan yang boleh meningkatkan kefahaman membaca mereka. Penggunaan grafik dalam pembelajaran dapat membolehkan pelajar menterjemah konsep yang dipelajari dalam cetakan visual yang mudah untuk difahami.



Kaedah pengumpulan data
1)Pemerhatian melalui markah peperiksaan yang dijalankan

2) Aktiviti Bacaan

3) Melalui Ujian Bacaan

Jurnal 2 :

The Effect of An Adapted Swimming Program On The Performance
of Individual With Kyphosis-Scoliosis

Program renang yang dirancang dengan baik dan teliti adalah satu medium yang berkesan bagi meningkatkan kekuatan, stamina dan kesihatan terutama bagi individu yang mengalami masalah kelumpuhan dan juga boleh digunakan ke atas ketidakupayaan lain.

Masalah kajian yang dapat dikenalpasti dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji ialah :

1. Kajian ini dijalankan bagi menyelidik kesan terhadap program renang yang dijalankan dalam meningkatkan prestasi dan tingkah laku individu yang mengalami masalah kyphosis-scoliosi dengan menggunakan pendekatan pengajaran renang secara individu.

2. Kaedah pengajaran utama renang yang dijalankan bagi individu yang mengalami kelumpuhan ialah kaedah Helliwick (kaedah yang paling berjaya dan baik untuk semua umur bagi yang mengalami kelumpuhan kerana ianya menggunakan prinsip saintifik seperti hidrostatik, hidrodinamik dan mekanisma badan). Dalam kajian yang dilakukan terhadap wanita yang mengalami kyphosis-scoliosis, pra renang yang dijalankan merangkumi tiga pungutan data berdasarkan mata individu iaitu :

a) Prestasi renang yang dinilai mengikut Red Test kaedah Helliwick sebagai permulaan

b) Penilaian/pengukuran tingkah laku berdasarkan Rutter Scale

c) Posisi tubuh dan fizikal lain - mengikut tahap kesihatan.

sebelum penilaian dijalankan, satu penyesuaian program renang telah distrukturkan berdasarkan 10 tahap mata kaedah Helliwick ( mental adjustment, disengagement, vertical rotation, lateral rotation, cobined rotation, upthrust, balance with stillness, turbulent gliding, elementary propulsion dan basic stroke) dan 4 dasar kedah Helliwick (mental adjustment, balance restoration, movement inhibition dan movement facilitation). Tempoh program renang adakah 6 bulan pada satu frekuensi dua kali setiap minggu, selama 60 minit.

Bagi setiap aktiviti renang yang dijalankan, setiap aktiviti akan diberikan mata dengan skala 0 hingga 5 berdasarkan perbezaan pertolongan yang diberikan.

Pungutan data adalah berbentuk kuantitatif

Aktiviti 10 : Tugasan Buku

Perolehan sumber data

- Terdapat banyak kaedah pengumpulan data dijalankan oleh penyelidik dalam kajian tindakan yang dilakukan dalam bilik darjah bagi mendapatkan data yang tepat dan benar. Antaranya ialah melalui :

a) Data sekolah
Merupakan data yang tepat dan benar kesahaanya. Data sekolah yang diperolehi meliputi data kehadiran pelajar ke sekolah dan juga markah ujian pelajar. Data kehadiran juga meliputi tingkah laku pelajar yang dipungut oleh sekolah setiap hari. Berdasarkan data yang diperolehi, penyelidik dapat membuat pernyataan/menerangkan mengenai bilik darjah, individu ataupun kumpulan individu tersebut.

b) Data pencapaian
Data yang melibatkan pencapaian merujuk kepada penilaian terhadap pencapaian guru, standardise test, dan juga penilaian tahap nasional yang dinilai secara berbeza-beza. Sesetengah penilaian diukur memerlukan pengambilan kedua-dua ujian iaitu ujian pre dan post, dan membuat perbandingan keputusan yang diperolehi untuk melihat purata prestasi.

c) Pemerhatian termasuklah Audio dan video
Pemerhatian perlu dijalankan/dianalisis diawal permulaan kajian yang akan dijalankan. Pengkaji perlu terlebih dahulu mengenalpasti apa aspek yang hendak dilihat dan yang tidak perlu dilihat. Ianya meliputi persoalan : siapa, apa, bila, dengan siapa, banyak mana, berapa kerap, berapa lama dan banyak lagi persoalan untuk menentukan matlamat persoalan pengkaji.
Bagi rakaman audio dan video, pengkaji perlu mengikut protokol dalam membuat pengiraan, melalui penggunaan teknologi, yang melibatkan ucapan yang panjang dan interaksi bukan secara lisan menjadi lebih mudah untuk diteroka.

d) Borang soal selidik

e) Temubual/ temu ramah



Mengenalpasti masalah kajian tindakan:

- Masalah kajian tindakan dikenalpasti melalui pemerhatian yang dijalankan oleh penyelidik.
- Penyelidik akan fokus pada apa aspek yang hendak dikaji
- Mengenalpasti perubahan penambahbaikan yang ingin dilakukan.

Buku ini menceritakan tentang mengenalpasti proses membuat tapisan terhadap fokus persoalan, membuat pemilihan terhadap soalan awal kajian, semak samada ianya adalah wajar dan terurus dan kemudian padankan data yang dikumpul bagi menjawab persoalan tersebut. Bab ini akan terus ke proses memfokuskan kepada soalan kajian untuk menghadkan kesan pembolehubah-pembolehubah dan memastikan soalan kajian yang dikemukakan adalah realistik dan dapat dijawab dalam kontek keguruan. Kes akan dikemukakan dalam pelbagai pendekatan bagi menjawab persoalan dan bagi meningkatkan keyakinan guru dalam memberikan jawapan yang tepat