Wednesday, October 28, 2009

TUGASAN 3 : LAPORAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM

LAPORAN PENCATAT SESI PEMBENTANGAN
KOLOKIUM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH AMBILAN JANUARI 2009
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TAJUK PEMBENTANGAN : MENINGKATKAN PRESTASI SOLAT MELALUI PROGRAM TAHSIN SOLAT
NAMA PEMBENTANG : 1. MOHD AZIZI BIN SULAIMAN (P48607)
2. MOHD FA’IZI BIN BASAR (P48639)
3. NIK HIDAYATUL NURSAADAH BINTI HUSIN (P48637)
TARIKH / HARI : 26 OKTOBER 2009 / ISNIN
MASA : 11.00 – 12.00 TGH
BILIK / TEMPAT : BILIK PERDANA A

PERNYATAAN MASALAH
1. Masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam menunaikan ibadah solat.

METODOLOGI KAJIAN, SETTING KAJIAN DAN SAMPEL KAJIAN
1. Model kajian yang digunakan ialah Model Kemmis dan McTaggart (1983) yang melibatkan dua kitaran dan setiap kitaran mempunyai empat peringkat iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.
2. Dijalankan di dalam kelas
3. Soal selidik dilakukan dalam tempoh masa 2 bulan ke atas 35 orang daripada 50 orang pelajar tingkatan 1 di SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang Selangor.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISIAN DATA
1. Melalui pemerhatian terhadap prestasi solat para pelajar yang merangkumi empat aspek utama iaitu kesempurnaan solat, pemakaian, adab dengan guru dan adab dengan rakan.
2. Melalui temubual di mana guru menemubual kesemua pelajar di awal dan akhir kajian bagi menentukan bilangan subjek kajian yang akan menyertai program tahsin solat dan bagi mendapatkan data akhir bagi menentukan prestasi solat pelajar.
3. Refleksi dilakukan selepas aktiviti dijalankan.

IMPLIKASI KAJIAN
1. Hasil kajian yang dilakukan mendapati program tahsin solat ini berjaya mencapai matlamat kajian dalam memperbaiki dan memantapkan solat para pelajar dan dapat menyemaikan semangat saling tolong menolong antara satu sama lain.

APA YANG DAPAT DIPELAJARI DARI KAJIAN YANG DILAKUKAN
1. Saya mengakui bahawa kajian tindakan adalah amat penting dan perlu dilakukan oleh setiap guru bagi membantu guru dalam mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dan juga dapat mengenalpasti kaedah-kaedah yang terbaik bagi membantu pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.

PENDAPAT
Berdasarkan kajian tindakan yang dilakukan di atas, pada pendapat saya kajian tersebut adalah bersesuaian dan tepat dengan apa yang dimaksudkan dengan kajian tindakan. Ini adalah kerana kajian yang dilakukan oleh pengkaji terhadap pelajarnya di sekolah tersebut dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam menjalankan ibadah solat.

Pengkaji menyatakan bahawa selaian daripada kaedah memberi kuliah dalam kelas bagi memberikan informasi tentang solat, kaedah praktikal sememangnya amat berkesan sekali kepada pelajar bagi memperbaiki dan mencantikkan solat mereka.

Selain daripada itu pengkaji juga dapat mengenalpasti kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pelajar melalui amalan solat yang ditunjukkan oleh pelajar mereka dan dapat menunjukkan cara yang betul dalam menunaikan solat secara praktikalnya/demonstrasi bukan sekadar hanya memberi taklimat sahaja.


TAJUK PEMBENTANGAN KE-2 : MENINGKATKAN PENGLIBATAN AKTIF PELAJAR SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) MELALUI KAEDAH PERMAINAN DI DALAM KELAS
NAMA PEMBENTANG : 1. NORBAHARIAH BINTI BAHARIN (P48665)
2. NOR ZIRA BINTI SHAFIE (P48688)
TARIKH / HARI : 27OKTOBER 2009 / SELASA
MASA : 11.00 – 12.00 TGH
BILIK / TEMPAT : BILIK PERDANA A

PERNYATAAN MASALAH
1. Pelajar didapati tidak memberi perhatian seratus peratus terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Pendidikan Islam di sekolah.
2. Pelajar malu untuk bertanya sekiranya mereka tidak memahami apa yang diajar oleh guru dalam kelas.
3. Kurang yakin dalam memberikan pendapat dan menjawab soalan yang diberikan oleh guru.
4. Pelajar lemah dalam kemahiran berfikir mereka dan juga teknik pengajaran guru yang tidak berkesan.

METODOLOGI KAJIAN, SETTING KAJIAN DAN SAMPEL KAJIAN
1. Menggunakan Model Kemmis dan McTaggart (1988) yang terdiri daripada empat tahap iaitu refleksi awal dan akhir, merancang, memerhati dan tindakan.
2. Kajian dilakukan terhadap 40 orang pelajar tingkatan 4, SMK Bandar Rinching.
3. Kajian dilakukan selama 3 bulan.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISIAN DATA
1. Melalui Ujian Pra iaitu ujian setara 2.
2. Data dikumpul melalui pemerhatian sepanjang permainan atau sepanjang P & P yang dijalankan.
3. Melalui temubual tidak berstruktur atau tidak formal dengan pelajar.
4. Melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar.
5. Melalui Ujian Post iaitu ujian penilaian akhir.

IMPLIKASI KAJIAN
1. Kajian yang dilakukan terhadap pelajar menggunakan kaedah permainan ini ( bola hikmah, dam ular dan dart ) didapati amat berkesan dalam meningkatkan penglibatan dan menaraik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

APA YANG DAPAT DIPELAJARI DARI KAJIAN YANG DILAKUKAN
1. Guru perlu lebih kreatif dan kritis dalam menghasilkan kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menarik minat dan penglibatan pelajar secara aktif dalam kelas.
2. Guru perlu pelbagaikan teknik pengajaran kerana kaedah pengajaran secara kuliah pada masa kini kurang sesuai digunakan dalam kelas kerana ia menyebabkan pelajar cepat bosan dan tidak menarik minat mereka.

PENDAPAT DAN KOMEN
Pada pendapat saya berdasarkan kajian yang dilakukan ianya adalah bersesuaian dengan maksud kajian tindakan. Ini adalah kerana pengkaji melakukan kajian untuk melihat tahap peningkatan pemahaman dan suasana pembelajaran pelajar dengan menggunakan kaedah permainan dan kaedah ini sememangnya amat menarik minat pelajar dalam kelas.

Seperti yang kita sedia maklum kaedah kuliah pada masa kini kurang sesuai dilaksankan dalam kelas kerana pelajar akan mudah boring dan bosan untuk belajar. Dengan adanya peningkatan dalam pembelajaran pelajar dalam kelas itu menunjukkan bahawa kajian yang dilakukan oleh pengkaji adalah menepati ciri-ciri kajian tindakan yang dilakukan.

No comments:

Post a Comment