1. Model Kimmis & McTaggaed
Model tradisional yang selalu diaplikasikan dalam menjalankan kajian tindakan adalah berdasarkan model “action research cycle” yang mempunyai asal usul daripada Kemmis dan McTaggart (1988). Menurut Kemmis & McTaggart, model ini mempunyai 4 elemen, iaitu i. Mereflek (reflect) ii. Merancang (plan) iii. Bertindak (action) dan iv. Memerhati (observe) Model ini adalah relevan terutamanya dalam konteks pengendalian kajian tindakan amalan seperti yang dijalankan dalam bilik darjah terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Huraian :
- Proses kajian tindakan bermula dengan tinjauan awal guru terhadap (refleksi awal) ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani dan yang akan dilakukan kajian.
- Kemudian guru akan menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.
- Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan.
- Dalam proses pelaksanaannya guru perlu memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu bagi memastikan ianya berkesan ataupun tidak. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1)
- Jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) dengan menggunakan kaedah yang baru sehinggalah masalah itu diselesaikan.
- Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakannya. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya. Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakannya selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan.
2. Model Stringer (1999)
Merupakan model yang sesuai digunakan oleh guru dalam kajian tindakan yang bercorak penyertaan. Stringer (1999) melihat kajian tindakan penyertaan (participatory action research) sebagai satu gelung interaksi.
Huraian :
Daripada Rajah2, gelung interaksi menunjukkan 3 fasa kajian, iaitu bermula dengan penglihatan, pemikiran dan tindakan. Ini menunjukkan proses itu berulangan dan sentiasa diperbaharui.
i. Dalam model ini, Stringer (1999) mengutamakan penglihatan untuk membina satu gambaran bagi membolehkan pihak yang berkepentingan memahami isu yang mereka alami. Fasa ini meliputi pengumpulan data (seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen), merekod dan menganalisis maklumat serta membina dan melapor kepada pihak yang berkepentingan.
ii. Fasa seterusnya meliputi pemikiran, iaitu mentafsir isu-isu dengan lebih mendalam dan mengenal pasti keutamaan bagi menjalankan tindakan.
iii. Pada fasa terakhir, penyelidik bertindak, iaitu menghasilkan penyelesaian-penyelesaian yang praktikal terhadap masalah-masalah yang timbul. Ini merangkumi pengujudan pelan tindakan dan menentukan hala tuju seperti menentukan objektif, tugas, dan orang-orang yang akan melaksanakan objektif serta memperoleh sumber-sumber yang diperlukan. Ia juga termasuk melaksanakan pelan, menggalakkan orang menjalankannya dan menilainya dari segi keberkesanan dan pencapaian.
3. Model Ebbutt (1985)
4. Model Kajian Tindakan Elliott (1991)
No comments:
Post a Comment