Friday, December 11, 2009

Aktiviti 11 : Tugasan 2 - Jurnal

Apakah pernyataan masalah dalam kajian dan bagaimana ianya dilaporkan.

Jurnal 1 :

Programs And Methods To Improve Reading Comprehension
Levels Of Reading Resource Special Needs Students
At Austin Road Middle School

Masalah kajian yang dapat dikenalpasti di dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji ialah :

1. Permasalahan utama bagi kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti strategi-strategi dan kaedah yang sesuai yang boleh digunakan dalam meningkatkan kefahaman membaca dikalangan pelajar-pelajar berkeperluan khas.

2. Daripada hasil kajian yang dijalankan beberapa kaedah telah dikenalpasti di mana kaedah ini dapat meningkatkan kefahaman membaca dikalangan pelajar tersebut iaitu :

a) melalui kaedah efikasi diri dan perkembangan kognitif pelajar dalam mempengaruhi tingkah laku dari segi proses kognitif, motivasi dan proses efektif
b) kaedah skaffolding, adalah satu cara dimana pelajar menerima bantuan yang diberikan oleh guru dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan sehinggalah mereka mahir dan boleh melaksanakan tugasan yang diberikan dengan sendiri tanpa bantuan. Aktiviti yang biasa dilakukan ialah sambil membaca pelajar mengambil nota dan menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang akan membantu mereka mengingat apa yang mereka baca.
c) kaedah grafik menggunakan kotak, garisan dan alat-alat lain yang mengutamakan maklumat supaya pelajar mendapat banyak pengetahuan yang boleh meningkatkan kefahaman membaca mereka. Penggunaan grafik dalam pembelajaran dapat membolehkan pelajar menterjemah konsep yang dipelajari dalam cetakan visual yang mudah untuk difahami.



Kaedah pengumpulan data
1)Pemerhatian melalui markah peperiksaan yang dijalankan

2) Aktiviti Bacaan

3) Melalui Ujian Bacaan

Jurnal 2 :

The Effect of An Adapted Swimming Program On The Performance
of Individual With Kyphosis-Scoliosis

Program renang yang dirancang dengan baik dan teliti adalah satu medium yang berkesan bagi meningkatkan kekuatan, stamina dan kesihatan terutama bagi individu yang mengalami masalah kelumpuhan dan juga boleh digunakan ke atas ketidakupayaan lain.

Masalah kajian yang dapat dikenalpasti dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji ialah :

1. Kajian ini dijalankan bagi menyelidik kesan terhadap program renang yang dijalankan dalam meningkatkan prestasi dan tingkah laku individu yang mengalami masalah kyphosis-scoliosi dengan menggunakan pendekatan pengajaran renang secara individu.

2. Kaedah pengajaran utama renang yang dijalankan bagi individu yang mengalami kelumpuhan ialah kaedah Helliwick (kaedah yang paling berjaya dan baik untuk semua umur bagi yang mengalami kelumpuhan kerana ianya menggunakan prinsip saintifik seperti hidrostatik, hidrodinamik dan mekanisma badan). Dalam kajian yang dilakukan terhadap wanita yang mengalami kyphosis-scoliosis, pra renang yang dijalankan merangkumi tiga pungutan data berdasarkan mata individu iaitu :

a) Prestasi renang yang dinilai mengikut Red Test kaedah Helliwick sebagai permulaan

b) Penilaian/pengukuran tingkah laku berdasarkan Rutter Scale

c) Posisi tubuh dan fizikal lain - mengikut tahap kesihatan.

sebelum penilaian dijalankan, satu penyesuaian program renang telah distrukturkan berdasarkan 10 tahap mata kaedah Helliwick ( mental adjustment, disengagement, vertical rotation, lateral rotation, cobined rotation, upthrust, balance with stillness, turbulent gliding, elementary propulsion dan basic stroke) dan 4 dasar kedah Helliwick (mental adjustment, balance restoration, movement inhibition dan movement facilitation). Tempoh program renang adakah 6 bulan pada satu frekuensi dua kali setiap minggu, selama 60 minit.

Bagi setiap aktiviti renang yang dijalankan, setiap aktiviti akan diberikan mata dengan skala 0 hingga 5 berdasarkan perbezaan pertolongan yang diberikan.

Pungutan data adalah berbentuk kuantitatif

No comments:

Post a Comment