Friday, December 11, 2009

Aktiviti 13 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

Berdasarkan kursus Psikologi Pendidikan/ Kaedah Mengajar/ Penaksiran Pembelajaran:

1. Apakah teori-teori/ strategi, kaedah yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah (http://tip.psychology.org/theories.html)
2. Bina kerangka teoritikal/ konseptual / operasional kajian
3. Mesti selaras dengan pernyataan masalah dan tujuan/ objektif/ soalan kajian.

1. TEORI KONSTRUKTIVISME

Pelajar perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk pelajar. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh pelajar sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan.

Fikiran pelajar tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui pelajar adalah realiti yang dia bina sendiri. Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu pelajar membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.

Ciri pembelajaran secara konstruktivisme
1. Pembelajaran berpusatkan murid.
2. Fokus kepada pembelajaran bukan pengajaran.
3. Guru sebagai fasilitator.
4. Pembelajaran sebagai satu proses yang pembelajaran.
5. Menyokong pembelajaran secara koperatif.
6. Menggalakkan dan menerima daya usaha murid..
7. Memberi peluang kepada murid untuk membina memahaminya melalui penglibatan murid sebenar.
8.Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru.
9. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan experiment
10. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea.
11. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid.
12. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan


2.TEORI MOTIVASI

Sesetengah ahli psikologi mengklasifikasikan motivasi kepada motivasi fisiologi dan sosial yang merangkumi keperluan asas manusia. Ada juga yang menyatakan bahawa motivasi adalah bersifat semula jadi dan motivasi yang dibentuk daripada pembelajaran yang mana menggolongkan motivasi kepada :

a) Motivasi intrinsik - wujud secara semula jadi daripada ransangan dalaman. ianya terdorong daripada dorongan dan minat seseorang individu untuk melakukan sesuatu aktiviti tanpa berharap atau meminta sebarang ganjaran. Dikaitkan dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan (Bruner, 1996)

b)Motivasi ekstrinsik - diwujudkan daripada ransangan luaran dengan menggerakkan orang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya. Boleh diransangkan dalam bentuk-bentuk seperti memberi peneguhan positif seperti pujian, insentif, hadiah, gred dan membentuk iklim alam belajar yang kondusif untuk mendorongkan mereka belajar.

3. KAEDAH KONTEKSTUAL

Pengajaran kontekstual membantu pelajar menghubungkaitkan pembelajaran kandungan dengan situasi sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara apa-apa yang dipelajari di dalam bilik darjah dan bagaimana pengetahuan ini digunakan dalam kehidupan mereka sebagai warganegara dalam masyarakat. Dalam kaedah ini guru hanya bertindak sebagai pengelola kelas yang membantu pelajar dalam mendapatkan penemuan beru. Proses pembelajaran juga lebih kepada pemusatan pelajar dan bukan pemusatan guru.

Dalam teori ini, guru digalakkan untuk:
1) Mengkaji konsep atau teori yang akan dipelajari oleh pelajar.
2) Memahami latar belakang dan pengalaman hidup pelajar melalui proses kajian.
3) Mengenalpsti kawasan sekolah dan tempat tinggal pelajar yang boleh dikaitkan dengan konsep atau teori pembelajaran kontekstual.
4) Merancang pengajaran dengan mengkaitkan konsep atau teori yang dipelajari dengan mengaitkan pengalaman yang dimiliki pelajar dan pengalaman hidup mereka.
5) Melaksanakan penilaian terhadap pemahaman pelajar, dimana hasilnya nanti dijadikan bahan refeksi terhadap rancangan pembelajaran dan pengajaran.
Pelajar akan menemukan perkaitan bermakna antara idea-idea abstrak dengan aplikasi dalam dunia sebenar, di mana konsep dipelajari, diperkukuhkan dan dibuat perkaitan. Dalam pengajaran kontekstual terdapat lima teknik pembelajaran yang boleh digunakan iaitu strategi REACT.

Antara contoh pengajaran kontekstual termasuklah :
• Pembelajaran berasaskan aktiviti
• Pembelajaran eksperiential
• Sesi hands-on dan minds-on (melakukan dan berfikir)
• Seminar
• Bengkel dan program di mana pelajar melakukan sendiri projek bagi mendorong naluri ingin tahu pelajar serta menjadikan pembelajaran lebih bermakna kepada mereka.
• Konstruktivisme (constructivism)
• Menemukan (Inquiry)
• Bertanya (Questioning)
• Masyarakat-belajar (Learning Community)
• Pemodelan (modeling)
• Refleksi (reflection)
• Penilaian yang sebenarnya (Authentic

4. KAEDAH PENGAJARAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR

Strategi pemusatan pelajar ini bermaksud pelajar memainkan peranan penting dalam pembelajaran di mana pelajar bertanggungjawab terhadap apa yang diajar dan bagaimana ia dapat dipelajari. Pengajaran di mana tumpuan diberikan kepada pelajar dalam melaksanakan aktiviti pengajaran antara guru dan pelajar.
Strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar.

Kaedah ini boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat memperkembangkan kreativiti pelajar supaya pelajar dapat menyertai aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif. Komunikasi berbentuk dua hala antara guru dan pelajar dalam akriviti soal jawab amat sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan berbanding dengan strategi berpusatkan guru dan matlamatnya adalah untuk memperkembangkan kemahiran pemikiran kreatif serta kritis.

Dalam strategi ini guru bertindak sebagai fasilitator dan bertanggungjawab terhadap pelajar dengan memantau aktiviti yang dijalankan. Guru juga bertindak secara autoritatif dengan mengagihkan sedikit kuasanya kepada pelajar. Strategi berpusatkan pelajar mempunyai kelebihan untuk memperkembangkan kebolehan pelajar dalam mengaplikasikan konsep sikap yang positif, mewujudkan motivasi serta memperkembangkan peribadi dalam menggalakkan kemahiran sosial kumpulan. Pembelajaran menekankan kepada pembelajaran kendiri, arahan kendiri dan inkuari penemuan. Contoh strategi pemusatan pelajar ialah induktif, lakonan, permainan, main peranan, simulasi koperatif, dan sebagainya.

Ciri-ciri strategi pemusatan pelajar :
• Murid aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
• Pemindahan pembelajaran berlaku
• Komunikasi dua hala
• Naluri ingin tahu dikembangkan
• Kepimpinan bercorak demokratik
• Mementingkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek
• Disiplin tidak terkawal
• Menekankan pencapaian objektif pembelajaran murid
• Pembelajaran bercorak pengarahan kendiri
• Murid lebih kreatif
• Sifat-sifat sosial yang positif seperti bekerjasama, tolong-menolong



No comments:

Post a Comment