Friday, December 11, 2009

Aktiviti 13 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

Berdasarkan kursus Psikologi Pendidikan/ Kaedah Mengajar/ Penaksiran Pembelajaran:

1. Apakah teori-teori/ strategi, kaedah yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah (http://tip.psychology.org/theories.html)
2. Bina kerangka teoritikal/ konseptual / operasional kajian
3. Mesti selaras dengan pernyataan masalah dan tujuan/ objektif/ soalan kajian.

1. TEORI KONSTRUKTIVISME

Pelajar perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk pelajar. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh pelajar sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan.

Fikiran pelajar tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui pelajar adalah realiti yang dia bina sendiri. Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu pelajar membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.

Ciri pembelajaran secara konstruktivisme
1. Pembelajaran berpusatkan murid.
2. Fokus kepada pembelajaran bukan pengajaran.
3. Guru sebagai fasilitator.
4. Pembelajaran sebagai satu proses yang pembelajaran.
5. Menyokong pembelajaran secara koperatif.
6. Menggalakkan dan menerima daya usaha murid..
7. Memberi peluang kepada murid untuk membina memahaminya melalui penglibatan murid sebenar.
8.Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru.
9. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan experiment
10. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea.
11. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid.
12. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan


2.TEORI MOTIVASI

Sesetengah ahli psikologi mengklasifikasikan motivasi kepada motivasi fisiologi dan sosial yang merangkumi keperluan asas manusia. Ada juga yang menyatakan bahawa motivasi adalah bersifat semula jadi dan motivasi yang dibentuk daripada pembelajaran yang mana menggolongkan motivasi kepada :

a) Motivasi intrinsik - wujud secara semula jadi daripada ransangan dalaman. ianya terdorong daripada dorongan dan minat seseorang individu untuk melakukan sesuatu aktiviti tanpa berharap atau meminta sebarang ganjaran. Dikaitkan dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan (Bruner, 1996)

b)Motivasi ekstrinsik - diwujudkan daripada ransangan luaran dengan menggerakkan orang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya. Boleh diransangkan dalam bentuk-bentuk seperti memberi peneguhan positif seperti pujian, insentif, hadiah, gred dan membentuk iklim alam belajar yang kondusif untuk mendorongkan mereka belajar.

3. KAEDAH KONTEKSTUAL

Pengajaran kontekstual membantu pelajar menghubungkaitkan pembelajaran kandungan dengan situasi sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara apa-apa yang dipelajari di dalam bilik darjah dan bagaimana pengetahuan ini digunakan dalam kehidupan mereka sebagai warganegara dalam masyarakat. Dalam kaedah ini guru hanya bertindak sebagai pengelola kelas yang membantu pelajar dalam mendapatkan penemuan beru. Proses pembelajaran juga lebih kepada pemusatan pelajar dan bukan pemusatan guru.

Dalam teori ini, guru digalakkan untuk:
1) Mengkaji konsep atau teori yang akan dipelajari oleh pelajar.
2) Memahami latar belakang dan pengalaman hidup pelajar melalui proses kajian.
3) Mengenalpsti kawasan sekolah dan tempat tinggal pelajar yang boleh dikaitkan dengan konsep atau teori pembelajaran kontekstual.
4) Merancang pengajaran dengan mengkaitkan konsep atau teori yang dipelajari dengan mengaitkan pengalaman yang dimiliki pelajar dan pengalaman hidup mereka.
5) Melaksanakan penilaian terhadap pemahaman pelajar, dimana hasilnya nanti dijadikan bahan refeksi terhadap rancangan pembelajaran dan pengajaran.
Pelajar akan menemukan perkaitan bermakna antara idea-idea abstrak dengan aplikasi dalam dunia sebenar, di mana konsep dipelajari, diperkukuhkan dan dibuat perkaitan. Dalam pengajaran kontekstual terdapat lima teknik pembelajaran yang boleh digunakan iaitu strategi REACT.

Antara contoh pengajaran kontekstual termasuklah :
• Pembelajaran berasaskan aktiviti
• Pembelajaran eksperiential
• Sesi hands-on dan minds-on (melakukan dan berfikir)
• Seminar
• Bengkel dan program di mana pelajar melakukan sendiri projek bagi mendorong naluri ingin tahu pelajar serta menjadikan pembelajaran lebih bermakna kepada mereka.
• Konstruktivisme (constructivism)
• Menemukan (Inquiry)
• Bertanya (Questioning)
• Masyarakat-belajar (Learning Community)
• Pemodelan (modeling)
• Refleksi (reflection)
• Penilaian yang sebenarnya (Authentic

4. KAEDAH PENGAJARAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR

Strategi pemusatan pelajar ini bermaksud pelajar memainkan peranan penting dalam pembelajaran di mana pelajar bertanggungjawab terhadap apa yang diajar dan bagaimana ia dapat dipelajari. Pengajaran di mana tumpuan diberikan kepada pelajar dalam melaksanakan aktiviti pengajaran antara guru dan pelajar.
Strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar.

Kaedah ini boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat memperkembangkan kreativiti pelajar supaya pelajar dapat menyertai aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif. Komunikasi berbentuk dua hala antara guru dan pelajar dalam akriviti soal jawab amat sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan berbanding dengan strategi berpusatkan guru dan matlamatnya adalah untuk memperkembangkan kemahiran pemikiran kreatif serta kritis.

Dalam strategi ini guru bertindak sebagai fasilitator dan bertanggungjawab terhadap pelajar dengan memantau aktiviti yang dijalankan. Guru juga bertindak secara autoritatif dengan mengagihkan sedikit kuasanya kepada pelajar. Strategi berpusatkan pelajar mempunyai kelebihan untuk memperkembangkan kebolehan pelajar dalam mengaplikasikan konsep sikap yang positif, mewujudkan motivasi serta memperkembangkan peribadi dalam menggalakkan kemahiran sosial kumpulan. Pembelajaran menekankan kepada pembelajaran kendiri, arahan kendiri dan inkuari penemuan. Contoh strategi pemusatan pelajar ialah induktif, lakonan, permainan, main peranan, simulasi koperatif, dan sebagainya.

Ciri-ciri strategi pemusatan pelajar :
• Murid aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
• Pemindahan pembelajaran berlaku
• Komunikasi dua hala
• Naluri ingin tahu dikembangkan
• Kepimpinan bercorak demokratik
• Mementingkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek
• Disiplin tidak terkawal
• Menekankan pencapaian objektif pembelajaran murid
• Pembelajaran bercorak pengarahan kendiri
• Murid lebih kreatif
• Sifat-sifat sosial yang positif seperti bekerjasama, tolong-menolong



Aktiviti 12: Pemurnian

Berdasarkan maklum balas, buat penambahbaikan pernyataan masalah, tujuan dan objektif kajian.


Matlamat Kajian Tindakan
Meningkatkan kefahaman dan meransang daya berfikir pelajar secara kreatif dan kritis di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Objektif Kajian Tindakan
1) Mengetahui pengetahuan sedia ada pelajar
2) Mencungkil daya kreativiti pelajar dalam mengeluarkan idea
3) Menilai penerimaan pelajar terhadap penggunaan gambar foto dalam pengajaran dan pembelajaran.

Bentuk Soalan Kajian
1) Bagaimanakah gambar foto dapat meransang daya berfikir pelajar dalam mengeluarkan idea?
2) Adakah terdapat perubahan minat pelajar terhadap proses P&P dengan pengaplikasian gambar?

Aktiviti 11 : Tugasan 2 - Jurnal

Apakah pernyataan masalah dalam kajian dan bagaimana ianya dilaporkan.

Jurnal 1 :

Programs And Methods To Improve Reading Comprehension
Levels Of Reading Resource Special Needs Students
At Austin Road Middle School

Masalah kajian yang dapat dikenalpasti di dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji ialah :

1. Permasalahan utama bagi kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti strategi-strategi dan kaedah yang sesuai yang boleh digunakan dalam meningkatkan kefahaman membaca dikalangan pelajar-pelajar berkeperluan khas.

2. Daripada hasil kajian yang dijalankan beberapa kaedah telah dikenalpasti di mana kaedah ini dapat meningkatkan kefahaman membaca dikalangan pelajar tersebut iaitu :

a) melalui kaedah efikasi diri dan perkembangan kognitif pelajar dalam mempengaruhi tingkah laku dari segi proses kognitif, motivasi dan proses efektif
b) kaedah skaffolding, adalah satu cara dimana pelajar menerima bantuan yang diberikan oleh guru dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan sehinggalah mereka mahir dan boleh melaksanakan tugasan yang diberikan dengan sendiri tanpa bantuan. Aktiviti yang biasa dilakukan ialah sambil membaca pelajar mengambil nota dan menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang akan membantu mereka mengingat apa yang mereka baca.
c) kaedah grafik menggunakan kotak, garisan dan alat-alat lain yang mengutamakan maklumat supaya pelajar mendapat banyak pengetahuan yang boleh meningkatkan kefahaman membaca mereka. Penggunaan grafik dalam pembelajaran dapat membolehkan pelajar menterjemah konsep yang dipelajari dalam cetakan visual yang mudah untuk difahami.



Kaedah pengumpulan data
1)Pemerhatian melalui markah peperiksaan yang dijalankan

2) Aktiviti Bacaan

3) Melalui Ujian Bacaan

Jurnal 2 :

The Effect of An Adapted Swimming Program On The Performance
of Individual With Kyphosis-Scoliosis

Program renang yang dirancang dengan baik dan teliti adalah satu medium yang berkesan bagi meningkatkan kekuatan, stamina dan kesihatan terutama bagi individu yang mengalami masalah kelumpuhan dan juga boleh digunakan ke atas ketidakupayaan lain.

Masalah kajian yang dapat dikenalpasti dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji ialah :

1. Kajian ini dijalankan bagi menyelidik kesan terhadap program renang yang dijalankan dalam meningkatkan prestasi dan tingkah laku individu yang mengalami masalah kyphosis-scoliosi dengan menggunakan pendekatan pengajaran renang secara individu.

2. Kaedah pengajaran utama renang yang dijalankan bagi individu yang mengalami kelumpuhan ialah kaedah Helliwick (kaedah yang paling berjaya dan baik untuk semua umur bagi yang mengalami kelumpuhan kerana ianya menggunakan prinsip saintifik seperti hidrostatik, hidrodinamik dan mekanisma badan). Dalam kajian yang dilakukan terhadap wanita yang mengalami kyphosis-scoliosis, pra renang yang dijalankan merangkumi tiga pungutan data berdasarkan mata individu iaitu :

a) Prestasi renang yang dinilai mengikut Red Test kaedah Helliwick sebagai permulaan

b) Penilaian/pengukuran tingkah laku berdasarkan Rutter Scale

c) Posisi tubuh dan fizikal lain - mengikut tahap kesihatan.

sebelum penilaian dijalankan, satu penyesuaian program renang telah distrukturkan berdasarkan 10 tahap mata kaedah Helliwick ( mental adjustment, disengagement, vertical rotation, lateral rotation, cobined rotation, upthrust, balance with stillness, turbulent gliding, elementary propulsion dan basic stroke) dan 4 dasar kedah Helliwick (mental adjustment, balance restoration, movement inhibition dan movement facilitation). Tempoh program renang adakah 6 bulan pada satu frekuensi dua kali setiap minggu, selama 60 minit.

Bagi setiap aktiviti renang yang dijalankan, setiap aktiviti akan diberikan mata dengan skala 0 hingga 5 berdasarkan perbezaan pertolongan yang diberikan.

Pungutan data adalah berbentuk kuantitatif

Aktiviti 10 : Tugasan Buku

Perolehan sumber data

- Terdapat banyak kaedah pengumpulan data dijalankan oleh penyelidik dalam kajian tindakan yang dilakukan dalam bilik darjah bagi mendapatkan data yang tepat dan benar. Antaranya ialah melalui :

a) Data sekolah
Merupakan data yang tepat dan benar kesahaanya. Data sekolah yang diperolehi meliputi data kehadiran pelajar ke sekolah dan juga markah ujian pelajar. Data kehadiran juga meliputi tingkah laku pelajar yang dipungut oleh sekolah setiap hari. Berdasarkan data yang diperolehi, penyelidik dapat membuat pernyataan/menerangkan mengenai bilik darjah, individu ataupun kumpulan individu tersebut.

b) Data pencapaian
Data yang melibatkan pencapaian merujuk kepada penilaian terhadap pencapaian guru, standardise test, dan juga penilaian tahap nasional yang dinilai secara berbeza-beza. Sesetengah penilaian diukur memerlukan pengambilan kedua-dua ujian iaitu ujian pre dan post, dan membuat perbandingan keputusan yang diperolehi untuk melihat purata prestasi.

c) Pemerhatian termasuklah Audio dan video
Pemerhatian perlu dijalankan/dianalisis diawal permulaan kajian yang akan dijalankan. Pengkaji perlu terlebih dahulu mengenalpasti apa aspek yang hendak dilihat dan yang tidak perlu dilihat. Ianya meliputi persoalan : siapa, apa, bila, dengan siapa, banyak mana, berapa kerap, berapa lama dan banyak lagi persoalan untuk menentukan matlamat persoalan pengkaji.
Bagi rakaman audio dan video, pengkaji perlu mengikut protokol dalam membuat pengiraan, melalui penggunaan teknologi, yang melibatkan ucapan yang panjang dan interaksi bukan secara lisan menjadi lebih mudah untuk diteroka.

d) Borang soal selidik

e) Temubual/ temu ramah



Mengenalpasti masalah kajian tindakan:

- Masalah kajian tindakan dikenalpasti melalui pemerhatian yang dijalankan oleh penyelidik.
- Penyelidik akan fokus pada apa aspek yang hendak dikaji
- Mengenalpasti perubahan penambahbaikan yang ingin dilakukan.

Buku ini menceritakan tentang mengenalpasti proses membuat tapisan terhadap fokus persoalan, membuat pemilihan terhadap soalan awal kajian, semak samada ianya adalah wajar dan terurus dan kemudian padankan data yang dikumpul bagi menjawab persoalan tersebut. Bab ini akan terus ke proses memfokuskan kepada soalan kajian untuk menghadkan kesan pembolehubah-pembolehubah dan memastikan soalan kajian yang dikemukakan adalah realistik dan dapat dijawab dalam kontek keguruan. Kes akan dikemukakan dalam pelbagai pendekatan bagi menjawab persoalan dan bagi meningkatkan keyakinan guru dalam memberikan jawapan yang tepat

Sunday, November 22, 2009

Aktiviti 9 : Tugasan 4 – KT mini

a. Matlamat Kajian Tindakan

Meningkatkan kefahaman dan meransang daya berfikir pelajar secara kreatif dan kritis di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

b. Objektif Kajian Tindakan

1. Mengetahui pengetahuan sedia ada pelajar
2. Mencungkil daya kreativiti pelajar dalam mengeluarkan idea
3. Menilai penerimaan pelajar terhadap penggunaan gambar foto dalam pengajaran dan pembelajaran.

c. Bentuk Soalan Kajian

1. Bagaimanakah gambar foto dapat meransang daya berfikir pelajar dalam mengeluarkan idea?
2. Adakah terdapat perubahan minat pelajar terhadap proses P&P dengan pengaplikasian gambar?

Aktiviti 8 : Tugasan 4 – KT mini

Cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran tersebut:

- Kepelbagaian dalam pengajaran amat perlu untuk menarik minat pelajar untuk menghidupkan suasana di kelas dengan penglibaran aktif pelajar.
- Bagi mengatasi masalah tersebut banyak cara boleh digunakan antaranya ialah penggunaan gambar foto dalam P & P dimana dengan teknik ini pelajar akan lebih mudah untuk mengingat dan mudah faham.
- Pengunaan foto ini dapat menggambarkan situasi sebenar bagi menerangkan isi pengajaran yang akan di ajar.
- Rancang pengurusan masa yang lebih teratur supaya masa pengajaran dapat dijimatkan.
- Gambar perlu ditunjukkan dalam pelbagai sudut supaya pelajar dapat melihat gambaran keseluruhan objek tersebut walaupun ianya adalah gambar tetap dan tidak bergerak.
- Gambar yang disusun secara berturutan dapat memberikan kesan gerak yang baik dalam meningkatkan daya efektif proses P & P.

Aktiviti 7 : Tugasan 4 – KT mini

Kelemahan pengajaran subjek ICT :

Pengalaman / refleksi secara individu
- antara kelemahan-kelemahan yang di lihat dalam pengajaran subjek ini ialah pelajar sukar mengingat apa yang telah di ajar oleh guru.
- Kekurangan kepakaran dalam subjek ICT (guru kurang mahir)
- Masa yang diperuntukkan untuk mengajar adalah terhad
- Tiadanya modul pengajaran yang boleh digunakan sebagai rujukan guru.

Pengalaman / refleksi secara kumpulan
- Tiada pendedahan awal dalam pendidikan khas menyebabkan pelajar tidak pendai langsung menggunakan komputer.
- guru merasakan pelajar pendidikan khas tidak perlu mahir menggunakan komputer kerana ianya tidak penting bagi mereka.
- Pelajar sukar mengikut step-step yang diajar dan ditunjukkan oleh guru.
- Pelajar lebih suka bermain permainan dan menonton tayangan atau mendengar lagu daripada belajar.
-Masalah dalam mengekses internet.

Literatur review
-

Aktiviti 6 : Tugasan 4 – KT mini

Kekuatan pengajaran subjek berkenaan:

Pengalaman / refleksi secara individu
- Melalui pengalaman saya dalam pengajaran subjek ICT kepada pelajar dalam kelas, saya dapati subjek ini amat menarik dan menyeronokkan bagi pelajar untuk belajar mungkin kerana ianya melibatkan penggunaan ABM komputer.
-Penggunaan perisian komputer dapat membantu menarik perhatian dan penglibatan pelajar dalam P&P

Pengalaman / refleksi secara kumpulan
- Penggunaan perisian komputer dapat membantu pelajar meneroka
- penggunaan kemahiran tertentu dalam pengajaran dapat membantu pelajar supaya lebih memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru kepada mereka.
- Penggunaan teknik-teknik yang baik, sesuai dan menarik juga membantu guru memudahkan proses mengajar.
- Kebanyakan topik-topik yang di ajar adalah kemahiran asas dalam penggunaan komputer.

Kaedah gambar foto dalam P & P.

- Penggunaan gambar foto dalam P & P merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan bagi menarik minat pelajar kerana ianya mudah diperolehi dari pelbagai sumber seperti dari surat kabar, majalah-majalah, brosur-brosur dan buku-buku (Gambar, lukisan, kartun, ilustrasi, foto) yang diperoleh dari berbagai sumber tersebut dapat digunakan oleh guru secara efektif dalam P & P.
- Harganya lebih murah daripada jenis-jenis media pengajaran yang lain dan mudah diperolehi
- Gambar fotografi dapat menterjemahkan konsep yang abstrak menjadi lebih realistik
- Memberi kelainan dan kepelbagaian dalam kaedah mengajar
- Menambah kualiti pembelajaran atau peringkat penguasaan pembelajaran
- Mengurangkan dan menjimatkan masa dan tenaga
- Menambah keberkesanan guru dari segi bilangan pelajar tanpa mengurangkan kualiti pembelajaran
- membantu meransang minat pelajar dan dapat membangkitkan minatnya pada pelajaran.
- Membantu dalam mengembangkan kemampuan berbahasa, kegiatan seni, dan pernyataan kreatif dalam bercerita, bacaan, penulisan, melukis dan menggambar, serta membantu pelajar menafsirkan dan mengingat.
- Mempelbagaikan pengalaman pelajar

Literatur review
- menurut Heinich, Molenda & Russell (1991), media boleh didefinisikan sebagai penyampai atau atau pembawa maklumat antaranya ialah video, radio, gambar, foto, risalah, poster dan sebagainya.

Aktiviti 5 : Tugasan 1 Buku & Tugasan 4 Mini KT

1. MENGAPA guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan

* Mengembangkan kemahiran professional guru khususnya mengenalpasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan.
* Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran dan pembelajaran.
* Membina pembeharuan dan kemajuan melalui refleksi kendiri dan usaha sendiri.
* Mengembangkan idea-idea sediada dan menghasilkan idea-idea baru.
* Menjadi agen perubahan dengan memebuat refleksi dan menganalisis kekeuatan dan kelemahan diri.
* Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha berkongsi pengalaman, boleh perbaiki prestasi dan kepuasan kerja.


2. Mengapa mini kajian tindakan "Fotografi Sebagai Media Pengajaran & Pembelajaran" dipilin?

- Gambar foto memerlukan kos yang murah dan senang untuk diperolehi
- Mudah digunakan
- Menjimatkan kos dan masa
- Boleh digunakan dalam pelbagai kaedah samada pengajaran secara beramai-ramai, pengajaran kendiri dan juga pengajaran secara berkumulan.

Aktiviti 4 : Mini Kajian Tindakan

Tajuk mini kajian tindakan yang akan dijalankan oleh kumpulan kami ialah :
" Fotografi Sebagai Media Pengajaran & Pembelajaran "

Peserta kajian : 30 orang pelajar Tingkatan 4

Setting kajian : Bilik darjah

Sunday, November 8, 2009

TUGASAN 2 : HURAIAN JURNAL

JOURNAL 1

JOURNAL 2

JOURNAL 3

Contoh kajian tindakan yang telah dilakukan oleh penulis/penyelidik

Programs And Methods To Improve Reading Comprehension

Levels Of Reading Resource Special Needs Students

At Austin Road Middle School

The Effect of An Adapted Swimming Program On The Performance of Individual With Kyphosis-Scoliosis

An investigation of the incorporation of Information and Communication Technology and thinking skills with Year 1 and 2 students

Apakah Masalah yang dijadikan kajian

Meningkatkan kefahaman membaca pelajar berkeperluan khas.

Kajian tindakan ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti strategi-strategi, dan kaedah-kaedah untuk meningkatkan kefahaman membaca pelajar berkeperluan khas di sekolah Austin Road Middle bagi mencapai misi sekolah Austin Road Middle School iaitu membantu setiap kanak-kanak dalam akademik, estetik, emosional, dan pembangunan sosial dalam persekitaran yang selamat

Menguji keberkesanan program renang terhadap peningkatan prestasi dan tingkah laku individu yang mengalami masalah kyphosis-scoliosis dengan menggunakan pendekatan pengajaranrenang secara individu.

Siasatan terhadap penggunaan ICT dalam kurikulum bilik darjah dalam meningkatkan kemahiran berfikir pelajar tahun 1 dan 2.

Sample dan Setting Kajian

Sample Kajian

kanak-kanak keperluan khas Sekolah Austin Road Middle School.

Setting Kajian

Dalam bilik darjah

Sample Kajian

Seorang wanita dewasa berumur 31 tahun yang mengalami masalah kyphosis-scoliosis

Setting Kajian

Kolam renang

Sample Kajian

Pelajar tahun 1 dan 2

Kajian dilakukan dalam bilik darjah

Setting Kajian

Dalam bilik darjah

Bagaimanakah kajian dilakukan (prosedur)

Kajian tindakan ini dilakukan melalui peningkatan dalam pengetahuan am mereka, penggunaan kaedah skaffolding oleh guru dalam menghasilkan matrik dan grafik (kotak, garisan dan lain-lain) untuk menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam bacaan dan penggunaan kaedah peta konsep bagi meningkatkan kefahaman bacaan.

Kajian dilakukan melalui satu program renang menggunakan kaedah Halliwik yang mengambil masa selama 6 bulan, dua kali seminggu selama 60 minit. Setiap sesi akan menjalankan senaman bagi meningkatkan kekuatan otot dan posisi tubuh. Program renang yang dirancang dengan teliti membantu meningkatkan kemahiran organik dan pergerakan motor tubuh serta meransang pertumbuhan fizikal.

Kajian dilakukan melalui kaedah kualitatif, pendekatan kajian kes dan juga kaedah kajian tindakan.

Kajian dilakukan dengan mengenalpasti perubahan keupayaan kanak-kanak menggunakan ICT dalam bilik darjah.

Bagaimana pengkaji mengumpul dan menganalisis data

Pemerhatian

Aktiviti Bacaan

Melalui Ujian Bacaan

kaedah kuantitatif

3 Fasa pengumpulan mata

1. Penilaian prestasi renang

2. Penilaian tingkah laku

3. Penilaian Posisi tubuh dan fizikal lain

Pemerhatian

Ujian Komputer

Jurnal

Amalan Reflektif

Bagaimana pengkaji memapar dapatan kajian

Dalam bentuk jadual dan graf

Dalam bentuk jadual

1. Menyediakan satu proses rangka kerja kajian tindakan dan proses siasatan kurukulum.

2. Menyediakan kitaran penyelidikan.

Bandingkan masalah yang dikaji antara jurnal

Bandingkan bagaimana pengkaji melakukan ujian

Melalui pungutan markah ujian bacaan yang dijalankan, melalui pemerhatian dan aktiviti bacaan

Melalui penilaian terhadap setiap tahap prestasi renang individu.

Apa yang dipelajarai daripada ketiga-tiga jurnal

Daripada ketiga-tiga jurnal di atas dapatlah disimpulkan bahawa kajian tindakan dilakukan adalah bertujuan untuk meningkatkan perkembangan setiap individu menggunakan kaedah-kaedah yang pelbagai oleh pengkaji. Kajian tindakan dilakukan secara berterusan sehinggalah berlakunya peningkatan terhadap individu tersebut ke arah situasi yang lebih baik berbanding sebelumnya.

TUGASAN 1 : ULASAN BUKU

TAJUK BUKU : ACTION RESEARCH IN THE CLASSROOM
PENULIS : VIVIENNE BEUMFIELD, ELAINE HALL AND KATE WALL

1.Apa itu kajian tindakan?

Kajian tindakan merupakan satu kajian yang timbul/wujud daripada permasaalahan yang diutarakan oleh guru/pengkaji bagi mengenalpasti fokus kepada kajian yang hendak dilakukan di dalam kelas dan hasil daripada permasaalahan yang dikemukakan, kajian tindakan akan dilakukan dan ianya di terapkan melalui lingkaran model kajian tindakan yang sesuai( Kemmis & McTaggart (1988)).

Ianya melibatkan 2 proses iaitu :
i. persoalan dan
ii. hasil daripada persoalan yang dikemukakan

Kajian tindakan dilakukan bertujuan untuk melakukan penambahbaikan terhadap permasaalahan yang timbul.

Menerangkan tentang kepentingan penyataan masalah oleh guru melalui kajian tindakan untuk membangunkan dan membuat pembaharuan dalam cara mengajar dan proses pembelajaran.

2. MENGAPA guru melakukan KT?

Guru melakukan kajian tindakan adalah untuk membangunkan dan membuat pembaharuan terhadap pengajaran dan pembelajaran mereka.Pelaksanaan Kajian Tindakan di bilik darjah bertujuan khusus untuk meningkatkan keberkesanan amalan mengajar guru dan meningkatkan pencapaian murid.

Sesuatu Kajian Tindakan dilakukan bertujuan untuk mengatasi pelbagai masalah pembelajaran dan membantu murid menguasai pelbagai kemahiran pembelajaran yang ditetapkan untuk satu-satu mata pelajaran adalah lebih menepati matlamat untuk membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran.

Amalan pengajaran yang berkesan adalah penting untuk meningkatkan pencapaian pelajar.

3. BILA guru melakukan KT

Kajian ini dilakukan oleh penyelidik apabila timbul atau wujud sesuatu permasalahan di persekitaran yang telah dikenalpasti oleh penyelidik dan bagaimana cara atau kaedah yang dapat digunakan oleh penyelidik bagi mengatasi masalah tersebut.

4. DI MANA guru melakukan KT?

Kajian dilakukan dengan kerjasama guru dan pelajar dalam pendidikan awal guru dalam sistem pendidikan.Kajian dilakukan di dalam kelas.

5. BAGAIMANA guru melakukan KT? Dapatkan model reka bentuk kajian tindakan / prosedur / pengumpulan dan penganalisisan data

Dalam proses pembelajaran di bilik darjah, tiap-tiap kemahiran lazimnya dipelajari satu per satu. Proses yang sama berlaku dalam Kajian Tindakan. Tiap-tiap masalah pembelajaran di tangani satu per satu. Proses pelaksanaan Kajian Tindakan merangkumi langkah iaitu merancang, bertindak, mengkaji semula (plan-do-review). Langkah-langkah ini dilaksanakan secara berurutan dalam bentuk gelungan.seperti yang dinyakan dalam model Kemmis dan McTaggard (1988).

Model reka bentuk kajian tindakan/prosedur
1) Model Kemmis & McTaggard (1998)
- model ini melibatkan 3 proses iaitu :
Plan - Do - Review
-

2) Model dinamik kitaran kajian tindakan
- model ini menjelaskan tentang kajian tindakan yang mencerminkan kepelbagaian amalan tetapi lebih menyerupai diskriptif. Pemahaman tentang kajian tindakan wujud daripada tiga aspek utama kajian iaitu :
i. Tujuan persoalan - terbahagi kepada dua iaitu :
# Agensi (Pihak yang terlibat)
merujuk kepada pengetahuan sedia ada penyelidik terhadap persoalan, kaedah
kajian, analisi dan tafsiran data.
# Dorongan - dorongan terhadap penyataan masalah bagi kajian tindakan di sekolah.

ii. Proses pertanyaan yang diutarakan
# Alatan -merujuk kepada kaedah penyelidikan yang dilakukan seperti pemerhatian, soal selidik, temubual atau markah ujian dan setiap kaedah yang di gunakan ialah untuk mendapatkan data.
# Analisis - data yang dipeolehi di analisis untuk membuktikan kesahannya. Ianya dilakukan untuk menjana satu gambaran dan satu hipotesis baru.

iii. Perkongsian dapatan dengan peserta lain
# Menyuarakan pendapat - penyebaran adalah sebahagian daripada projek, ia mendedahkan sesuatu yang penting berkenaan tujuan persoalan yang dikenalpasti oleh penyelidik.

# masyarakat terpinggir

Pengumpulan dan peganalisisan data
1) Data Kualitatif - lebih kepada pemerhatian dan huraian
2) Data Kuantitatif - berbentuk nombor


Model Kemmis & McTaggart
- Proses kajian tindakan bermula dengan tinjauan awal guru terhadap (refleksi awal) ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani dan yang akan dilakukan kajian.
- Kemudian guru akan menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.
- Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan.
- Dalam proses pelaksanaannya guru perlu memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu bagi memastikan ianya berkesan ataupun tidak. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1)
- Jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) dengan menggunakan kaedah yang baru sehinggalah masalah itu diselesaikan.
- Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakannya. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya. Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakannya selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan.

Saturday, November 7, 2009

TUGASAN KELAS : KONSEP & MODEL KAJIAN TINDAKAN

MODEL KAJIAN TINDAKAN

1. Model Kimmis & McTaggaed

Model tradisional yang selalu diaplikasikan dalam menjalankan kajian tindakan adalah berdasarkan model “action research cycle” yang mempunyai asal usul daripada Kemmis dan McTaggart (1988). Menurut Kemmis & McTaggart, model ini mempunyai 4 elemen, iaitu i. Mereflek (reflect) ii. Merancang (plan) iii. Bertindak (action) dan iv. Memerhati (observe) Model ini adalah relevan terutamanya dalam konteks pengendalian kajian tindakan amalan seperti yang dijalankan dalam bilik darjah terhadap pengajaran dan pembelajaran.




Huraian :

- Proses kajian tindakan bermula dengan tinjauan awal guru terhadap (refleksi awal) ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani dan yang akan dilakukan kajian.
- Kemudian guru akan menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.
- Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan.
- Dalam proses pelaksanaannya guru perlu memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu bagi memastikan ianya berkesan ataupun tidak. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1)
- Jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) dengan menggunakan kaedah yang baru sehinggalah masalah itu diselesaikan.
- Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakannya. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya. Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakannya selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan.

2. Model Stringer (1999)

Merupakan model yang sesuai digunakan oleh guru dalam kajian tindakan yang bercorak penyertaan. Stringer (1999) melihat kajian tindakan penyertaan (participatory action research) sebagai satu gelung interaksi.


Huraian :

Daripada Rajah2, gelung interaksi menunjukkan 3 fasa kajian, iaitu bermula dengan penglihatan, pemikiran dan tindakan. Ini menunjukkan proses itu berulangan dan sentiasa diperbaharui.
i. Dalam model ini, Stringer (1999) mengutamakan penglihatan untuk membina satu gambaran bagi membolehkan pihak yang berkepentingan memahami isu yang mereka alami. Fasa ini meliputi pengumpulan data (seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen), merekod dan menganalisis maklumat serta membina dan melapor kepada pihak yang berkepentingan.
ii. Fasa seterusnya meliputi pemikiran, iaitu mentafsir isu-isu dengan lebih mendalam dan mengenal pasti keutamaan bagi menjalankan tindakan.
iii. Pada fasa terakhir, penyelidik bertindak, iaitu menghasilkan penyelesaian-penyelesaian yang praktikal terhadap masalah-masalah yang timbul. Ini merangkumi pengujudan pelan tindakan dan menentukan hala tuju seperti menentukan objektif, tugas, dan orang-orang yang akan melaksanakan objektif serta memperoleh sumber-sumber yang diperlukan. Ia juga termasuk melaksanakan pelan, menggalakkan orang menjalankannya dan menilainya dari segi keberkesanan dan pencapaian.

3. Model Ebbutt (1985)





4. Model Kajian Tindakan Elliott (1991)


Wednesday, October 28, 2009

TUGASAN 3 : LAPORAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM

LAPORAN PENCATAT SESI PEMBENTANGAN
KOLOKIUM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH AMBILAN JANUARI 2009
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TAJUK PEMBENTANGAN : MENINGKATKAN PRESTASI SOLAT MELALUI PROGRAM TAHSIN SOLAT
NAMA PEMBENTANG : 1. MOHD AZIZI BIN SULAIMAN (P48607)
2. MOHD FA’IZI BIN BASAR (P48639)
3. NIK HIDAYATUL NURSAADAH BINTI HUSIN (P48637)
TARIKH / HARI : 26 OKTOBER 2009 / ISNIN
MASA : 11.00 – 12.00 TGH
BILIK / TEMPAT : BILIK PERDANA A

PERNYATAAN MASALAH
1. Masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam menunaikan ibadah solat.

METODOLOGI KAJIAN, SETTING KAJIAN DAN SAMPEL KAJIAN
1. Model kajian yang digunakan ialah Model Kemmis dan McTaggart (1983) yang melibatkan dua kitaran dan setiap kitaran mempunyai empat peringkat iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.
2. Dijalankan di dalam kelas
3. Soal selidik dilakukan dalam tempoh masa 2 bulan ke atas 35 orang daripada 50 orang pelajar tingkatan 1 di SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang Selangor.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISIAN DATA
1. Melalui pemerhatian terhadap prestasi solat para pelajar yang merangkumi empat aspek utama iaitu kesempurnaan solat, pemakaian, adab dengan guru dan adab dengan rakan.
2. Melalui temubual di mana guru menemubual kesemua pelajar di awal dan akhir kajian bagi menentukan bilangan subjek kajian yang akan menyertai program tahsin solat dan bagi mendapatkan data akhir bagi menentukan prestasi solat pelajar.
3. Refleksi dilakukan selepas aktiviti dijalankan.

IMPLIKASI KAJIAN
1. Hasil kajian yang dilakukan mendapati program tahsin solat ini berjaya mencapai matlamat kajian dalam memperbaiki dan memantapkan solat para pelajar dan dapat menyemaikan semangat saling tolong menolong antara satu sama lain.

APA YANG DAPAT DIPELAJARI DARI KAJIAN YANG DILAKUKAN
1. Saya mengakui bahawa kajian tindakan adalah amat penting dan perlu dilakukan oleh setiap guru bagi membantu guru dalam mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dan juga dapat mengenalpasti kaedah-kaedah yang terbaik bagi membantu pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.

PENDAPAT
Berdasarkan kajian tindakan yang dilakukan di atas, pada pendapat saya kajian tersebut adalah bersesuaian dan tepat dengan apa yang dimaksudkan dengan kajian tindakan. Ini adalah kerana kajian yang dilakukan oleh pengkaji terhadap pelajarnya di sekolah tersebut dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam menjalankan ibadah solat.

Pengkaji menyatakan bahawa selaian daripada kaedah memberi kuliah dalam kelas bagi memberikan informasi tentang solat, kaedah praktikal sememangnya amat berkesan sekali kepada pelajar bagi memperbaiki dan mencantikkan solat mereka.

Selain daripada itu pengkaji juga dapat mengenalpasti kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pelajar melalui amalan solat yang ditunjukkan oleh pelajar mereka dan dapat menunjukkan cara yang betul dalam menunaikan solat secara praktikalnya/demonstrasi bukan sekadar hanya memberi taklimat sahaja.


TAJUK PEMBENTANGAN KE-2 : MENINGKATKAN PENGLIBATAN AKTIF PELAJAR SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) MELALUI KAEDAH PERMAINAN DI DALAM KELAS
NAMA PEMBENTANG : 1. NORBAHARIAH BINTI BAHARIN (P48665)
2. NOR ZIRA BINTI SHAFIE (P48688)
TARIKH / HARI : 27OKTOBER 2009 / SELASA
MASA : 11.00 – 12.00 TGH
BILIK / TEMPAT : BILIK PERDANA A

PERNYATAAN MASALAH
1. Pelajar didapati tidak memberi perhatian seratus peratus terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Pendidikan Islam di sekolah.
2. Pelajar malu untuk bertanya sekiranya mereka tidak memahami apa yang diajar oleh guru dalam kelas.
3. Kurang yakin dalam memberikan pendapat dan menjawab soalan yang diberikan oleh guru.
4. Pelajar lemah dalam kemahiran berfikir mereka dan juga teknik pengajaran guru yang tidak berkesan.

METODOLOGI KAJIAN, SETTING KAJIAN DAN SAMPEL KAJIAN
1. Menggunakan Model Kemmis dan McTaggart (1988) yang terdiri daripada empat tahap iaitu refleksi awal dan akhir, merancang, memerhati dan tindakan.
2. Kajian dilakukan terhadap 40 orang pelajar tingkatan 4, SMK Bandar Rinching.
3. Kajian dilakukan selama 3 bulan.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISIAN DATA
1. Melalui Ujian Pra iaitu ujian setara 2.
2. Data dikumpul melalui pemerhatian sepanjang permainan atau sepanjang P & P yang dijalankan.
3. Melalui temubual tidak berstruktur atau tidak formal dengan pelajar.
4. Melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar.
5. Melalui Ujian Post iaitu ujian penilaian akhir.

IMPLIKASI KAJIAN
1. Kajian yang dilakukan terhadap pelajar menggunakan kaedah permainan ini ( bola hikmah, dam ular dan dart ) didapati amat berkesan dalam meningkatkan penglibatan dan menaraik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

APA YANG DAPAT DIPELAJARI DARI KAJIAN YANG DILAKUKAN
1. Guru perlu lebih kreatif dan kritis dalam menghasilkan kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menarik minat dan penglibatan pelajar secara aktif dalam kelas.
2. Guru perlu pelbagaikan teknik pengajaran kerana kaedah pengajaran secara kuliah pada masa kini kurang sesuai digunakan dalam kelas kerana ia menyebabkan pelajar cepat bosan dan tidak menarik minat mereka.

PENDAPAT DAN KOMEN
Pada pendapat saya berdasarkan kajian yang dilakukan ianya adalah bersesuaian dengan maksud kajian tindakan. Ini adalah kerana pengkaji melakukan kajian untuk melihat tahap peningkatan pemahaman dan suasana pembelajaran pelajar dengan menggunakan kaedah permainan dan kaedah ini sememangnya amat menarik minat pelajar dalam kelas.

Seperti yang kita sedia maklum kaedah kuliah pada masa kini kurang sesuai dilaksankan dalam kelas kerana pelajar akan mudah boring dan bosan untuk belajar. Dengan adanya peningkatan dalam pembelajaran pelajar dalam kelas itu menunjukkan bahawa kajian yang dilakukan oleh pengkaji adalah menepati ciri-ciri kajian tindakan yang dilakukan.

Tuesday, October 27, 2009

Keberkatan yang jitu...



Apa-apa kerja sekalipun mulakan dengan Bismillah..

TUGASAN KELAS : MENGAPA KAJIAN ADALAH PENTING BAGI GURU

1. Guru dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Dapat memperbaiki kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada supaya lebih baik.
3. Memenuhi matlamat falsafah pendidikan negara disamping dapat meningkatkan mutu pendidikan seiring dengan JERIS.
4. Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
5. Hasil penyelidikan menjadi rujukan kepada guru dan pihak-pihak lain.
6. Membina kemahiran dan mendapatkan pengalaman dalam bidang penyelidikan.
7. Supaya kerjaya guru menjadi lebih menarik.
8. meningkatkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan dan kajian yang dilakukan.
9. Mengenalpasti langkah-langkah baru yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
10. Menjadi lebih memahami dan peka tentang apa yang perlu dan apa yang tidak perlu untuk pelajar.
11. Guru lebih bermotivasi dan mempunyai matlamat yang lebih jelas.
12. Dapat mengembangkan idea-idea yang sedia ada dan menghasilkan idea-idea baru.