Sunday, November 22, 2009
Aktiviti 6 : Tugasan 4 – KT mini
Pengalaman / refleksi secara individu
- Melalui pengalaman saya dalam pengajaran subjek ICT kepada pelajar dalam kelas, saya dapati subjek ini amat menarik dan menyeronokkan bagi pelajar untuk belajar mungkin kerana ianya melibatkan penggunaan ABM komputer.
-Penggunaan perisian komputer dapat membantu menarik perhatian dan penglibatan pelajar dalam P&P
Pengalaman / refleksi secara kumpulan
- Penggunaan perisian komputer dapat membantu pelajar meneroka
- penggunaan kemahiran tertentu dalam pengajaran dapat membantu pelajar supaya lebih memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru kepada mereka.
- Penggunaan teknik-teknik yang baik, sesuai dan menarik juga membantu guru memudahkan proses mengajar.
- Kebanyakan topik-topik yang di ajar adalah kemahiran asas dalam penggunaan komputer.
Kaedah gambar foto dalam P & P.
- Penggunaan gambar foto dalam P & P merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan bagi menarik minat pelajar kerana ianya mudah diperolehi dari pelbagai sumber seperti dari surat kabar, majalah-majalah, brosur-brosur dan buku-buku (Gambar, lukisan, kartun, ilustrasi, foto) yang diperoleh dari berbagai sumber tersebut dapat digunakan oleh guru secara efektif dalam P & P.
- Harganya lebih murah daripada jenis-jenis media pengajaran yang lain dan mudah diperolehi
- Gambar fotografi dapat menterjemahkan konsep yang abstrak menjadi lebih realistik
- Memberi kelainan dan kepelbagaian dalam kaedah mengajar
- Menambah kualiti pembelajaran atau peringkat penguasaan pembelajaran
- Mengurangkan dan menjimatkan masa dan tenaga
- Menambah keberkesanan guru dari segi bilangan pelajar tanpa mengurangkan kualiti pembelajaran
- membantu meransang minat pelajar dan dapat membangkitkan minatnya pada pelajaran.
- Membantu dalam mengembangkan kemampuan berbahasa, kegiatan seni, dan pernyataan kreatif dalam bercerita, bacaan, penulisan, melukis dan menggambar, serta membantu pelajar menafsirkan dan mengingat.
- Mempelbagaikan pengalaman pelajar
Literatur review
- menurut Heinich, Molenda & Russell (1991), media boleh didefinisikan sebagai penyampai atau atau pembawa maklumat antaranya ialah video, radio, gambar, foto, risalah, poster dan sebagainya.
Aktiviti 5 : Tugasan 1 Buku & Tugasan 4 Mini KT
* Mengembangkan kemahiran professional guru khususnya mengenalpasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan.
* Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran dan pembelajaran.
* Membina pembeharuan dan kemajuan melalui refleksi kendiri dan usaha sendiri.
* Mengembangkan idea-idea sediada dan menghasilkan idea-idea baru.
* Menjadi agen perubahan dengan memebuat refleksi dan menganalisis kekeuatan dan kelemahan diri.
* Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha berkongsi pengalaman, boleh perbaiki prestasi dan kepuasan kerja.
2. Mengapa mini kajian tindakan "Fotografi Sebagai Media Pengajaran & Pembelajaran" dipilin?
- Gambar foto memerlukan kos yang murah dan senang untuk diperolehi
- Mudah digunakan
- Menjimatkan kos dan masa
- Boleh digunakan dalam pelbagai kaedah samada pengajaran secara beramai-ramai, pengajaran kendiri dan juga pengajaran secara berkumulan.
Aktiviti 4 : Mini Kajian Tindakan
" Fotografi Sebagai Media Pengajaran & Pembelajaran "
Peserta kajian : 30 orang pelajar Tingkatan 4
Setting kajian : Bilik darjah
Sunday, November 8, 2009
TUGASAN 2 : HURAIAN JURNAL
JOURNAL 1 | JOURNAL 2 | JOURNAL 3 |
Contoh kajian tindakan yang telah dilakukan oleh penulis/penyelidik | ||
Programs And Methods To Improve Reading Comprehension Levels Of Reading Resource Special Needs Students At Austin Road Middle School | The Effect of An Adapted Swimming Program On The Performance of Individual With Kyphosis-Scoliosis | An investigation of the incorporation of Information and Communication Technology and thinking skills with Year 1 and 2 students |
Apakah Masalah yang dijadikan kajian | ||
Meningkatkan kefahaman membaca pelajar berkeperluan khas. Kajian tindakan ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti strategi-strategi, dan kaedah-kaedah untuk meningkatkan kefahaman membaca pelajar berkeperluan khas di sekolah Austin Road Middle bagi mencapai misi sekolah Austin Road Middle School iaitu membantu setiap kanak-kanak dalam akademik, estetik, emosional, dan pembangunan sosial dalam persekitaran yang selamat | Menguji keberkesanan program renang terhadap peningkatan prestasi dan tingkah laku individu yang mengalami masalah kyphosis-scoliosis dengan menggunakan pendekatan pengajaranrenang secara individu. | Siasatan terhadap penggunaan ICT dalam kurikulum bilik darjah dalam meningkatkan kemahiran berfikir pelajar tahun 1 dan 2. |
Sample dan Setting Kajian | ||
Sample Kajian kanak-kanak keperluan khas Sekolah Austin Road Middle School. Setting Kajian Dalam bilik darjah | Sample Kajian Seorang wanita dewasa berumur 31 tahun yang mengalami masalah kyphosis-scoliosis Setting Kajian Kolam renang | Sample Kajian Pelajar tahun 1 dan 2 Kajian dilakukan dalam bilik darjah Setting Kajian Dalam bilik darjah |
Bagaimanakah kajian dilakukan (prosedur) | ||
Kajian tindakan ini dilakukan melalui peningkatan dalam pengetahuan am mereka, penggunaan kaedah skaffolding oleh guru dalam menghasilkan matrik dan grafik (kotak, garisan dan lain-lain) untuk menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam bacaan dan penggunaan kaedah peta konsep bagi meningkatkan kefahaman bacaan. | Kajian dilakukan melalui satu program renang menggunakan kaedah Halliwik yang mengambil masa selama 6 bulan, dua kali seminggu selama 60 minit. Setiap sesi akan menjalankan senaman bagi meningkatkan kekuatan otot dan posisi tubuh. Program renang yang dirancang dengan teliti membantu meningkatkan kemahiran organik dan pergerakan motor tubuh serta meransang pertumbuhan fizikal. | Kajian dilakukan melalui kaedah kualitatif, pendekatan kajian kes dan juga kaedah kajian tindakan. Kajian dilakukan dengan mengenalpasti perubahan keupayaan kanak-kanak menggunakan ICT dalam bilik darjah. |
Bagaimana pengkaji mengumpul dan menganalisis data | ||
Pemerhatian Aktiviti Bacaan Melalui Ujian Bacaan | kaedah kuantitatif 3 Fasa pengumpulan mata 1. Penilaian prestasi renang 2. Penilaian tingkah laku 3. Penilaian Posisi tubuh dan fizikal lain | Pemerhatian Ujian Komputer Jurnal Amalan Reflektif |
Bagaimana pengkaji memapar dapatan kajian | ||
Dalam bentuk jadual dan graf | Dalam bentuk jadual | 1. Menyediakan satu proses rangka kerja kajian tindakan dan proses siasatan kurukulum. 2. Menyediakan kitaran penyelidikan. |
Bandingkan masalah yang dikaji antara jurnal | ||
Bandingkan bagaimana pengkaji melakukan ujian | ||
Apa yang dipelajarai daripada ketiga-tiga jurnal | ||
TUGASAN 1 : ULASAN BUKU
PENULIS : VIVIENNE BEUMFIELD, ELAINE HALL AND KATE WALL
1.Apa itu kajian tindakan?
Kajian tindakan merupakan satu kajian yang timbul/wujud daripada permasaalahan yang diutarakan oleh guru/pengkaji bagi mengenalpasti fokus kepada kajian yang hendak dilakukan di dalam kelas dan hasil daripada permasaalahan yang dikemukakan, kajian tindakan akan dilakukan dan ianya di terapkan melalui lingkaran model kajian tindakan yang sesuai( Kemmis & McTaggart (1988)).
Ianya melibatkan 2 proses iaitu :
i. persoalan dan
ii. hasil daripada persoalan yang dikemukakan
Kajian tindakan dilakukan bertujuan untuk melakukan penambahbaikan terhadap permasaalahan yang timbul.
Menerangkan tentang kepentingan penyataan masalah oleh guru melalui kajian tindakan untuk membangunkan dan membuat pembaharuan dalam cara mengajar dan proses pembelajaran.
2. MENGAPA guru melakukan KT?
Guru melakukan kajian tindakan adalah untuk membangunkan dan membuat pembaharuan terhadap pengajaran dan pembelajaran mereka.Pelaksanaan Kajian Tindakan di bilik darjah bertujuan khusus untuk meningkatkan keberkesanan amalan mengajar guru dan meningkatkan pencapaian murid.
Sesuatu Kajian Tindakan dilakukan bertujuan untuk mengatasi pelbagai masalah pembelajaran dan membantu murid menguasai pelbagai kemahiran pembelajaran yang ditetapkan untuk satu-satu mata pelajaran adalah lebih menepati matlamat untuk membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran.
Amalan pengajaran yang berkesan adalah penting untuk meningkatkan pencapaian pelajar.
3. BILA guru melakukan KT
Kajian ini dilakukan oleh penyelidik apabila timbul atau wujud sesuatu permasalahan di persekitaran yang telah dikenalpasti oleh penyelidik dan bagaimana cara atau kaedah yang dapat digunakan oleh penyelidik bagi mengatasi masalah tersebut.
4. DI MANA guru melakukan KT?
Kajian dilakukan dengan kerjasama guru dan pelajar dalam pendidikan awal guru dalam sistem pendidikan.Kajian dilakukan di dalam kelas.
5. BAGAIMANA guru melakukan KT? Dapatkan model reka bentuk kajian tindakan / prosedur / pengumpulan dan penganalisisan data
Dalam proses pembelajaran di bilik darjah, tiap-tiap kemahiran lazimnya dipelajari satu per satu. Proses yang sama berlaku dalam Kajian Tindakan. Tiap-tiap masalah pembelajaran di tangani satu per satu. Proses pelaksanaan Kajian Tindakan merangkumi langkah iaitu merancang, bertindak, mengkaji semula (plan-do-review). Langkah-langkah ini dilaksanakan secara berurutan dalam bentuk gelungan.seperti yang dinyakan dalam model Kemmis dan McTaggard (1988).
Model reka bentuk kajian tindakan/prosedur
1) Model Kemmis & McTaggard (1998)
- model ini melibatkan 3 proses iaitu :
Plan - Do - Review
-
2) Model dinamik kitaran kajian tindakan
- model ini menjelaskan tentang kajian tindakan yang mencerminkan kepelbagaian amalan tetapi lebih menyerupai diskriptif. Pemahaman tentang kajian tindakan wujud daripada tiga aspek utama kajian iaitu :
i. Tujuan persoalan - terbahagi kepada dua iaitu :
# Agensi (Pihak yang terlibat)
merujuk kepada pengetahuan sedia ada penyelidik terhadap persoalan, kaedah
kajian, analisi dan tafsiran data.
# Dorongan - dorongan terhadap penyataan masalah bagi kajian tindakan di sekolah.
ii. Proses pertanyaan yang diutarakan
# Alatan -merujuk kepada kaedah penyelidikan yang dilakukan seperti pemerhatian, soal selidik, temubual atau markah ujian dan setiap kaedah yang di gunakan ialah untuk mendapatkan data.
# Analisis - data yang dipeolehi di analisis untuk membuktikan kesahannya. Ianya dilakukan untuk menjana satu gambaran dan satu hipotesis baru.
iii. Perkongsian dapatan dengan peserta lain
# Menyuarakan pendapat - penyebaran adalah sebahagian daripada projek, ia mendedahkan sesuatu yang penting berkenaan tujuan persoalan yang dikenalpasti oleh penyelidik.
# masyarakat terpinggir
Pengumpulan dan peganalisisan data
1) Data Kualitatif - lebih kepada pemerhatian dan huraian
2) Data Kuantitatif - berbentuk nombor
Model Kemmis & McTaggart
- Proses kajian tindakan bermula dengan tinjauan awal guru terhadap (refleksi awal) ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani dan yang akan dilakukan kajian.
- Kemudian guru akan menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.
- Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan.
- Dalam proses pelaksanaannya guru perlu memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu bagi memastikan ianya berkesan ataupun tidak. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1)
- Jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) dengan menggunakan kaedah yang baru sehinggalah masalah itu diselesaikan.
- Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakannya. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya. Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakannya selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan.
Saturday, November 7, 2009
TUGASAN KELAS : KONSEP & MODEL KAJIAN TINDAKAN
1. Model Kimmis & McTaggaed
Model tradisional yang selalu diaplikasikan dalam menjalankan kajian tindakan adalah berdasarkan model “action research cycle” yang mempunyai asal usul daripada Kemmis dan McTaggart (1988). Menurut Kemmis & McTaggart, model ini mempunyai 4 elemen, iaitu i. Mereflek (reflect) ii. Merancang (plan) iii. Bertindak (action) dan iv. Memerhati (observe) Model ini adalah relevan terutamanya dalam konteks pengendalian kajian tindakan amalan seperti yang dijalankan dalam bilik darjah terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Huraian :
- Proses kajian tindakan bermula dengan tinjauan awal guru terhadap (refleksi awal) ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani dan yang akan dilakukan kajian.
- Kemudian guru akan menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.
- Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan.
- Dalam proses pelaksanaannya guru perlu memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu bagi memastikan ianya berkesan ataupun tidak. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1)
- Jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) dengan menggunakan kaedah yang baru sehinggalah masalah itu diselesaikan.
- Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakannya. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya. Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakannya selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan.
2. Model Stringer (1999)
Merupakan model yang sesuai digunakan oleh guru dalam kajian tindakan yang bercorak penyertaan. Stringer (1999) melihat kajian tindakan penyertaan (participatory action research) sebagai satu gelung interaksi.
Huraian :
Daripada Rajah2, gelung interaksi menunjukkan 3 fasa kajian, iaitu bermula dengan penglihatan, pemikiran dan tindakan. Ini menunjukkan proses itu berulangan dan sentiasa diperbaharui.
i. Dalam model ini, Stringer (1999) mengutamakan penglihatan untuk membina satu gambaran bagi membolehkan pihak yang berkepentingan memahami isu yang mereka alami. Fasa ini meliputi pengumpulan data (seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen), merekod dan menganalisis maklumat serta membina dan melapor kepada pihak yang berkepentingan.
ii. Fasa seterusnya meliputi pemikiran, iaitu mentafsir isu-isu dengan lebih mendalam dan mengenal pasti keutamaan bagi menjalankan tindakan.
iii. Pada fasa terakhir, penyelidik bertindak, iaitu menghasilkan penyelesaian-penyelesaian yang praktikal terhadap masalah-masalah yang timbul. Ini merangkumi pengujudan pelan tindakan dan menentukan hala tuju seperti menentukan objektif, tugas, dan orang-orang yang akan melaksanakan objektif serta memperoleh sumber-sumber yang diperlukan. Ia juga termasuk melaksanakan pelan, menggalakkan orang menjalankannya dan menilainya dari segi keberkesanan dan pencapaian.
3. Model Ebbutt (1985)
4. Model Kajian Tindakan Elliott (1991)
Wednesday, October 28, 2009
TUGASAN 3 : LAPORAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM
KOLOKIUM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH AMBILAN JANUARI 2009
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TAJUK PEMBENTANGAN : MENINGKATKAN PRESTASI SOLAT MELALUI PROGRAM TAHSIN SOLAT
NAMA PEMBENTANG : 1. MOHD AZIZI BIN SULAIMAN (P48607)
2. MOHD FA’IZI BIN BASAR (P48639)
3. NIK HIDAYATUL NURSAADAH BINTI HUSIN (P48637)
TARIKH / HARI : 26 OKTOBER 2009 / ISNIN
MASA : 11.00 – 12.00 TGH
BILIK / TEMPAT : BILIK PERDANA A
PERNYATAAN MASALAH
1. Masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam menunaikan ibadah solat.
METODOLOGI KAJIAN, SETTING KAJIAN DAN SAMPEL KAJIAN
1. Model kajian yang digunakan ialah Model Kemmis dan McTaggart (1983) yang melibatkan dua kitaran dan setiap kitaran mempunyai empat peringkat iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.
2. Dijalankan di dalam kelas
3. Soal selidik dilakukan dalam tempoh masa 2 bulan ke atas 35 orang daripada 50 orang pelajar tingkatan 1 di SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang Selangor.
PENGUMPULAN DAN PENGANALISIAN DATA
1. Melalui pemerhatian terhadap prestasi solat para pelajar yang merangkumi empat aspek utama iaitu kesempurnaan solat, pemakaian, adab dengan guru dan adab dengan rakan.
2. Melalui temubual di mana guru menemubual kesemua pelajar di awal dan akhir kajian bagi menentukan bilangan subjek kajian yang akan menyertai program tahsin solat dan bagi mendapatkan data akhir bagi menentukan prestasi solat pelajar.
3. Refleksi dilakukan selepas aktiviti dijalankan.
IMPLIKASI KAJIAN
1. Hasil kajian yang dilakukan mendapati program tahsin solat ini berjaya mencapai matlamat kajian dalam memperbaiki dan memantapkan solat para pelajar dan dapat menyemaikan semangat saling tolong menolong antara satu sama lain.
APA YANG DAPAT DIPELAJARI DARI KAJIAN YANG DILAKUKAN
1. Saya mengakui bahawa kajian tindakan adalah amat penting dan perlu dilakukan oleh setiap guru bagi membantu guru dalam mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dan juga dapat mengenalpasti kaedah-kaedah yang terbaik bagi membantu pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.
PENDAPAT
Berdasarkan kajian tindakan yang dilakukan di atas, pada pendapat saya kajian tersebut adalah bersesuaian dan tepat dengan apa yang dimaksudkan dengan kajian tindakan. Ini adalah kerana kajian yang dilakukan oleh pengkaji terhadap pelajarnya di sekolah tersebut dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam menjalankan ibadah solat.
Pengkaji menyatakan bahawa selaian daripada kaedah memberi kuliah dalam kelas bagi memberikan informasi tentang solat, kaedah praktikal sememangnya amat berkesan sekali kepada pelajar bagi memperbaiki dan mencantikkan solat mereka.
Selain daripada itu pengkaji juga dapat mengenalpasti kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pelajar melalui amalan solat yang ditunjukkan oleh pelajar mereka dan dapat menunjukkan cara yang betul dalam menunaikan solat secara praktikalnya/demonstrasi bukan sekadar hanya memberi taklimat sahaja.
TAJUK PEMBENTANGAN KE-2 : MENINGKATKAN PENGLIBATAN AKTIF PELAJAR SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) MELALUI KAEDAH PERMAINAN DI DALAM KELAS
NAMA PEMBENTANG : 1. NORBAHARIAH BINTI BAHARIN (P48665)
2. NOR ZIRA BINTI SHAFIE (P48688)
TARIKH / HARI : 27OKTOBER 2009 / SELASA
MASA : 11.00 – 12.00 TGH
BILIK / TEMPAT : BILIK PERDANA A
PERNYATAAN MASALAH
1. Pelajar didapati tidak memberi perhatian seratus peratus terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Pendidikan Islam di sekolah.
2. Pelajar malu untuk bertanya sekiranya mereka tidak memahami apa yang diajar oleh guru dalam kelas.
3. Kurang yakin dalam memberikan pendapat dan menjawab soalan yang diberikan oleh guru.
4. Pelajar lemah dalam kemahiran berfikir mereka dan juga teknik pengajaran guru yang tidak berkesan.
METODOLOGI KAJIAN, SETTING KAJIAN DAN SAMPEL KAJIAN
1. Menggunakan Model Kemmis dan McTaggart (1988) yang terdiri daripada empat tahap iaitu refleksi awal dan akhir, merancang, memerhati dan tindakan.
2. Kajian dilakukan terhadap 40 orang pelajar tingkatan 4, SMK Bandar Rinching.
3. Kajian dilakukan selama 3 bulan.
PENGUMPULAN DAN PENGANALISIAN DATA
1. Melalui Ujian Pra iaitu ujian setara 2.
2. Data dikumpul melalui pemerhatian sepanjang permainan atau sepanjang P & P yang dijalankan.
3. Melalui temubual tidak berstruktur atau tidak formal dengan pelajar.
4. Melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar.
5. Melalui Ujian Post iaitu ujian penilaian akhir.
IMPLIKASI KAJIAN
1. Kajian yang dilakukan terhadap pelajar menggunakan kaedah permainan ini ( bola hikmah, dam ular dan dart ) didapati amat berkesan dalam meningkatkan penglibatan dan menaraik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
APA YANG DAPAT DIPELAJARI DARI KAJIAN YANG DILAKUKAN
1. Guru perlu lebih kreatif dan kritis dalam menghasilkan kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menarik minat dan penglibatan pelajar secara aktif dalam kelas.
2. Guru perlu pelbagaikan teknik pengajaran kerana kaedah pengajaran secara kuliah pada masa kini kurang sesuai digunakan dalam kelas kerana ia menyebabkan pelajar cepat bosan dan tidak menarik minat mereka.
PENDAPAT DAN KOMEN
Pada pendapat saya berdasarkan kajian yang dilakukan ianya adalah bersesuaian dengan maksud kajian tindakan. Ini adalah kerana pengkaji melakukan kajian untuk melihat tahap peningkatan pemahaman dan suasana pembelajaran pelajar dengan menggunakan kaedah permainan dan kaedah ini sememangnya amat menarik minat pelajar dalam kelas.
Seperti yang kita sedia maklum kaedah kuliah pada masa kini kurang sesuai dilaksankan dalam kelas kerana pelajar akan mudah boring dan bosan untuk belajar. Dengan adanya peningkatan dalam pembelajaran pelajar dalam kelas itu menunjukkan bahawa kajian yang dilakukan oleh pengkaji adalah menepati ciri-ciri kajian tindakan yang dilakukan.